Skip to main content

Selebriti

"Orang Keji Orang Fitnah Itu Normal" - Azza Elite

"Orang Keji Orang Fitnah Itu Normal" - Azza Elite

Sekilas

  • Azza Elite memberi respons kepada komen netizen di Threads berkaitan individu yang dikaitkan dengan kes kekejaman dan pembunuhan anjing Rocky.
  • Azza menegaskan bahawa setiap kebaikan yang dilakukan hanya Allah yang Maha Mengetahui dan mengingatkan supaya bersabar menghadapi kecaman dan fitnah.
  • Dia juga menasihati supaya menggunakan akal fikiran dalam memilih haiwan peliharaan dan memastikan keselamatan manusia diutamakan.
Advertisement

Penyanyi, Azza Elite mencuri perhatian selepas memberi respons terhadap sebuah komen netizen di Threads mengenai individu yang dikaitkan dengan kekejaman dan pembunuhan anjing tular, Rocky.


 

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Azza berkata setiap kebaikan yang dilakukan sama ada disedari atau tidak, hanya Allah yang Maha Mengetahui. 


 

Dalam masa sama, dia berpesan agar bersabar berdepan segala kecaman dan fitnah yang dilemparkan.


 

"Bila kita buat kerja kita dengan baik walaupun nampak tak baik pada orang,tidak mengapa Allah maha tahu. Orang keji orang fitnah itu normal. Bila kita bersabar Allah akan tunjukkan jalan,"tulisnya.


 

Dalam pada itu, Azza turut berkata bahawa manusia dikurniakan akal fikiran untuk membezakan haiwan yang sesuai dipelihara dan haiwan yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain.


 

"Ada binatang kita boleh bela ada binatang boleh membahayakan orang lain. Kita sebagai manusia Allah bagi akal fikiran fikirlah secara waras. 


 

"Kalau ia membahayakan manusia wajarlah tindakan kita lakukan untuk selamatkan manusia dahulu. Yang pelihara haiwan jagalah baik-baik supaya tidak mendatangkan bahaya pada manusia,"ujarnya.



 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement