Laman Utama
Peka Situasi Buruk COVID-19 Di India, Salman Khan Beri Bantuan Kepada 25 Ribu Penggiat Seni
Umum mengetahui gelombang kedua wabak COVID-19 di India mengorbankan terlalu banyak nyawa.
Perkara itu semestinya memberi kesan buruk kepada kegiatan ekonomi negara itu, tidak terkecuali industri perfileman.
Peka dan mengambil berat keadaan semasa, aktor Salman Khan memberikan sumbangan kewangan kepada 25,000 orang penggiat seni yang terkesan dan memerlukan bantuan.
Advertisement
Antara penggiat seni yang akan menerima bantuan itu termasuklah juruteknik, jurusolek, stuntmen dan lain-lain yang berkenaan.
Menurut Setiausaha Federation of Western Indian Cine Employees (FWICE), Ashoke Dobey, pihak Salman telah meminta FWICE mengirimkan data 25,000 orang pekerja yang akan diberikan bantuan itu.
"Kami telah bercakap mengenai perkara ini dengan pengurus Salman, pihaknya meminta kami menghantar data 25,000 pekerja yang berdaftar dengan persatuan.
"Salman bersetuju menyumbangkan wang sebanyak 1,500 Rupee (RM85), tahun lepas pun dia sudah lakukan perkara sama," katanya.
Terdahulu, Salman juga pernah memberi bantuan berupa makanan kepada petugas barisan hadapan.
Difahamkan, aktor kegemaran ramai ini juga bercadang untuk menyerahkan sebahagian daripada keuntungan filem terbaru terbitannya, Radhe: Your Most Wanted Bhai kepada golongan yang memerlukan.
Sumber: The Indian Express
Kredit Foto: Bollywood Hungama
Must-Watch Video