Seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia ketika sedang sibuk membuka pentas konsert penyanyi, Psy, ‘Summer Swag 2022’ semalam.

Menurut laporan media korea, kejadian berlaku sekitar jam 3:42 petang waktu tempatan.

Seorang lelaki Mongolia berusia 20an terjatuh dari ketinggian 20meter ketika dia sedang mengalihkan lampu pada sebuah tiang.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan namun mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia.

Pihak polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan itu berlaku.

Minggu lalu, menyaksikan satu insiden gergasi LED menghempap dua orang penari kumpulan band popular Hong Kong, Mirror ketika melakukan konsert.

Difahamkan seorang dari mereka mengalami kecederaan di bahagian kepala namun berada dalam keadaan stabil.

Bagimanapun seorang lagi masih berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan serius di bahagian leher.

BACA: Tali Terputus, Penari Kritikal Ditimpa Screen LED Gergasi! Konsert Boy Band Mirror Dihentikan Serta Merta

Sumber : allkpop