Viral

Pelajar Tingkatan 1 Tandatangan Perjanjian “No Ponteng, No Vape”, Netizen Respect Usaha Abang!

gempak
Umirah Halim
16/03/2024
02:00 MYT
Sponsor Banner
Pelajar Tingkatan 1 Tandatangan Perjanjian “No Ponteng, No Vape”, Netizen Respect Usaha Abang!
Sebuah perkongsian seorang individu yang menyediakan surat perjanjian menjaga tingkah laku buat adik lelakinya yang baru masuk ke alam sekolah menengah berjaya mencuri perhatian netizen.
Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh individu yang dikenali sebagai Adwin, telah menyediakan surat perjanjian itu yang berjudul “Life Agreement”.
Di dalam perjanjian tersebut, terdapat 9 senarai larangan yang adiknya perlu ikuti sebelum mencecah umur 17 tahun.
Antara larangan tersebut termasuk tiada penggunaan vape, alkohol, rokok, dan banyak lagi dan kesemuanya itu telah dipersetujui dan ditandatangani oleh adik lelakinya itu.
Memetik laporan daripada World of Buzz, Adwin yang juga merupakan anak sulung di dalam keluarga itu mendedahkan bahawa dia bertanggungjawab untuk menyara yuran dan perihal sekolah adiknya di atas sebab ibu bapa sudah tidak lagi bekerja.
Susulan itu, Adwin bertindak untuk membuat perjanjian demikian supaya adiknya dapat menjaga tingkah laku di sekolah.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa kagum diatas usaha abangnya itu.
“Usaha yang sangat bagus.
“Abang yang baik. Saya nak buat macam ni untuk anak saya.
“Cara parenting yang bagus, respect!
“Wow, satu idea dan nasihat yang bagus. Boleh guna untuk generasi sekarang,” komen beberapa netizen kagum.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 400 ribu tontonan di Platform X.
Sumber: World of Buzz

Berita Trending: Bertemu Semula Bapa Selepas 30 Tahun Terpisah, Datin Thalia Baiduri; "Tak Perlu…

Berita Trending: Tak Datang Sebutan Pertama Kes Cerai, Aliff Aziz Tak Tipu Sibuk Jalani…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live