Pelakon filem Bajirao Mastani, Irrfan Khan meninggal dunia akibat jangkitan pada usus besar pada Rabu.

Irrfan, 53, turut bertarung dengan penyakit kanser neuroendocrine sejak 2018 menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya.

Khabar duka itu turut disahkan oleh pengarah filem Shoojit Sircar.

"Kawan saya, Irfaan. Anda telah berjuang dan berjuang. Saya akan selalu bangga dengan anda. Kita akan bertemu lagi," tulisnya di Twitter.

Pelakon itu dikejarkan ke hospital Kokilaben Mumbai pada Selasa.

Irrfan antara pelakon Bollywood yang berjaya menjejakkan kaki di persada filem Hollywood.

Antara filem yang pernah dilakonkan Irrfan ialan The Amazing Spiderman, Jurassic World, Live of Pi, Slumdog Millionaire dan banyak lagi.

Irrfan mula menceburkan diri sebagai pelakon sejak 1988 dan pernah memenangi Anugerah Filem Nasional untuk pelakon terbaik menerusi filem Paan Singh Tomar.

Irrfan meninggalkan seorang balu Sutapa Sikdar, dan dua anak Babil dan Ayan.