Mengejutkan ramai!Pelakon Bollywood, Kushal Punjabi ditemui mati di rumahnya di Pali Hill, Mumbai pada Jumaat pada pukul 2 pagi.

Kushal, 37, yang popular dengan drama bersiri Ishq Mein Marjawan dan beberapa buah filem itu ditemui dalam keadaan tergantung bersama sepucuk surat bunuh diri.

Dalam nota tersebut, Kushal memberitahui tiada sesiapa yang patut dipersalahkan atas kematiannya.

Malah, Kushal berpesan agar rumah dan harta peninggalannya dibahagikan kepada ibu bapa, adik-beradik perempuannya dan anak lelakinya.

Beberapa jam sebelum ditemui tidak sedarkan diri, Kushal memuat naik foto bersama anak lelakinya, Kian, 3, di Instagramnya.

??❤️

A post shared by Kushal Punjabi. (@itsme_kushalpunjabi) on


Difahamkan, Kushal kini berdepan tekanan dalam proses perceraian dengan isterinya, Audrey.

Bukan sahaja drama siri malah mendiang juga pernah muncul dalam beberapa filem seperti Lakshya, Kaal, Salaam-e-Ishq dan Dhan Dhana Dhan Goal.

Sumber: Times Of India