Laman Utama

Pelakon Bollywood, Sidharth Shukla Meninggal Dunia

gempak
Amri Hassan
03/09/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Bollywood, Sidharth Shukla Meninggal Dunia
Pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Balika Vadhu, Sidharth Shukla meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.
Mendiang telah menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke Hospital Cooper, Mumbai, India oleh ibu dan dua adik perempuannya pada Khamis.
Kematiannya disahkan oleh pihak perubatan kerana serangan jantung.
Sidharth membuat kemunculan awal sebagai pelakon dengan memegang peranan utama dalam rancangan Babul Ka Aangann Chootey Na.
Selain itu, Sidharth juga pernah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti Bigg Boss musim ke-13 dan Fear Factor: Khatron Ke Khiladi 7.
Pada 2014, Sidharth muncul dalam filem Bollywood menerusi Humpty Sharma Ki Dulhania arahan sutradara terkemuka, Karan Johar.
Kematian Sidharth itu mendapat perhatian rakan selebriti di India antaranya Salman Khan, Varun Dhawan, Ajay Devgan, Akshay Kumar dan ramai lagi yang turut bersedih atas kehilangannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live