Pelakon lagenda Hollywood, Kirk Douglas meninggal dunia pada hari Rabu di usia 103 tahun. Kirk Douglas yang terkenal dengan lakonan lebih 90 buah filem dalam tempoh enam dekad.

Beliau sangat dikenali melalui filem klasik Spartacus pada tahun 1960 dan pernah dicalonkan untuk Anugerah Academy untuk filem Champion pada tahun 1949, The Bad And The Beautiful pada tahun 1952 dan Lust For Life pada tahun 1956.

Dilahirkan pada 9 Disember 1916 dengan nama Issur Danielovitch Demsky, Kirk mula aktif berlakon pada tahun 1946 sehinggalah tahun 2008.

Kirk Douglas mempunyai empat orang anak lelaki daripada dua perkahwinan, Michael Douglas (pelakon), Joel Dougles (produser), Peter Douglas (produser) dan Eric Douglas yang merupakan seorang pelakon tetapi meninggal dunia pada 2004 akibat masalah alkohol dan dadah.

Pada tahun 1995, Kirk dianugerahkan dengan anugerah pencapaian sepanjang hayat di anugerah Akademy.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, anaknya Michael Douglas berkata "Dengan penuh kesedihan saya dan adik-adik saya ingin memberitahu Kirk Douglas (ayah kami) sudah tiada.

"Kepada dunia dia merupakan seorang lagenda, seorang aktor daripada zaman kegemilangan filem, tetapi kepada saya dan adik-adik saya Joel dan Peter, dia hanyalah seorang ayah," kata Michael.