Hiburan

Pelakon Julian Ortega Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

gempak
Ernalisa
03/09/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Julian Ortega Meninggal  Dunia  Akibat Serangan Jantung
Pelakon terkenal kelahiran Sepanyol, Julian Ortega meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika bercuti di Pantai Zahora di Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.
Kematian Ortega yang membintangi drama bersiri Sepanyol terkenal yang ditayangkan di Netflix itu diumumkan The Spanish Union of Actors and Actresses.

BERITA BERKAITAN :"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

BERITA BERKAITAN : Insomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW HighlightsInsomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN :Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

BERITA BERKAITAN :TERGAMAKNYA!!! Nadeera - Bukan Lagi Kita (Versi Akustik) | Gempak Jam Session

Semasa kejadian, pasukan paramedik dikejarkan ke lokasi namun selepas beberapa percubaan menyelamatkannya, Ortega diumumkan meninggal dunia.
Ortega yang meninggal dunia di usia 41 tahun itu merupakan anak kepada bintang legenda Sepanyol, Gloria Munoz.
Menurut kenyataan dikeluarkan The Spanish Union of Actors and Actresses, pemegang watak pengurus restoran La Cabana itu pernah menghadiri sekolah khusus untuk drama dan seni persembahan di Madrid.
Dia kemudiannya memulakan langkahnya sebagai pelakon dan pernah muncul dalam beberapa filem berbahasa Sepanyol antaranya El Otro Barrio pada tahun 2000.
Selain itu, Ortega juga pernah membintangi filem fantasi seram La Raiz Del Mal (2008), En Tu Puta Cara (2016) dan Elite (2018).
Penampilan terbaharunya adalah menerusi drama bersiri El Pueblo dan 4 Estrellas.
Punca kematian Ortega bagaimanapun masih belum diumumkan secara rasmi.
SUMBER: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live