Kemunculan Fattah Amin dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ternyata memberikan perkembangan positif terhadap mutu lakonannya.

Jika sebelum ini lakonan Fattah sering mendapat kritikan netizen sehingga ada yang menggelarkannya sebagai ‘pelakon kayu’ kini tanggapan dan senario itu sudah berubah.

Membawakan watak Awang dalam filem tersebut, prestasi lakonan Fattah dipuji bagus oleh netizen sehingga namanya menjadi trending di Twitter pada Ahad.

Menerusi beberapa komen di media sosial, netizen mengatakan lakonan Fattah cukup meninggalkan kesan di hati mereka.
Dalam perkembangan terbaharu, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang diarahkan oleh Syamsul Yusof telah mendapat kutipan 12 Juta dalam masa empat hari tayangannya.

Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!