Laman Utama

Pelakon Komedi Filem Appalam, Gunseh Meninggal Dunia Akibat ...

Awani
09/08/2021
10:37 MYT
Pelakon komedi filem Appalam, R. Gunasaharan atau lebih dikenali sebagai Gunseh meninggal dunia petang Ahad pada usia 64 tahun akibat COVID-19.
Berita pemergian mendiang itu disahkan oleh anak perempuannya, G. Hemawathy kepada Astro AWANI.
Dia memaklumkan artis veteran itu meninggal dunia kira-kira pukul 4.02 petang, di Hospital Serdang selepas bertarung nyawa lebih 10 hari.
Menurutnya, mendiang yang disahkan positif COVID-19 sebelum itu diperintah untuk menjalani kuarantin di rumah, dan keadaannya semakin teruk pada hari ke-10.
"Selepas bapa mengadu batuk berterusan dan kesihatannya kurang memuaskan, kami bergegas ke hospital kira-kira pukul 2 pagi," katanya pada Ahad.
Menurut Hemawathy, pegawai kesihatan memaklumkan mendiang mengalami jangkitan di paru-paru dan mengalami masalah pernafasan sebelum keadaannya menjadi tenat beberapa hari lalu.
"Pun begitu kami sempat membuat panggilan video dengan bantuan kakitangan hospital petang semalam," ujarnya.
Hemawathy memaklumkan, pengebumian akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Mendiang meninggalkan isteri dan empat anak berusia 25 hingga 32 tahun.
Gempak turut berdukacita dan merakamkan salam takziah buat keluarga mendiang.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sathia Syukur Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar - “Belum Boleh Pandu Kereta, Kaki Kanan Tak Kuat Sepenuhnya”

gempak
25/07/2024
06:55 MYT
Pelawak veteran, Sathia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan angin ahmar ringan 16 Julai lalu.
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Hiburan

Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"

gempak
24/07/2024
12:25 MYT
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.