Pelakon komedi Amerika Syarikat, John Witherspoon menghembus nafas terakhir pada usia 77 di kediamannya, Selasa.

Memetik laporan CNN, berita dukacita itu dimaklumkan oleh ahli keluarga mendiang kepada umum.

"Dalam keadaan penuh dukacita, kami memaklumkan, suami dan bapa kami, John Witherspoon, salah seorang yang sangat bekerja keras dalam kariernya telah meninggal dunia di kediamannya di Sherman Oaks pada usia 77 tahun," kata ahli keluarganya dalam sebuah kenyataan.

Dalam pada itu, saudara-mara serta rakan mendiang telah memberi tribute terhadapnya di laman Twitter.

Dilahirkan di Detroit, Michigan, John telah melakar kecemerlangan dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon komedi yang pernah muncul dalam beberapa progam dan sequel seperti Barnaby Jones, Friday, Next Friday dan banyak lagi.

John meninggalkan isterinya yang juga seorang pelakon, Angela Robinson serta dua anak lelaki iaitu Alexander dan JD.

Sumber : CNN