Laman Utama

Pelakon Lelaki Syak Disantau, Kepala Tiba-Tiba Penuh Kelemumur

gempak
Maliah Surip
12/10/2023
06:45 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Lelaki Syak Disantau, Kepala Tiba-Tiba Penuh Kelemumur
Seorang aktor muda mengesyaki dirinya mungkin disantau selepas mendapati kepalanya dipenuhi kelemumur secara tiba-tiba sejak beberapa tahun lalu.
Aliando Syarief, aktor muda Indonesia yang sangat terkenal menerusi filem Warkop meluahkan kegelisahannya itu sewaktu menjadi tetamu di saluran YouTube Tuah Kreasi seperti dilaporkan Viva.co.
Menurut Aliando dia merasakan perubahan tersebut sejak tahun 2019 selepas terbabit dengan sebuah filem.
“Saya rasa seperti disantau. Bahasa kasarnya santau tapi sejujurnya saya juga tidak tahu sedang berdepan dengan penyakit apa.
“Kepala dipenuhi kelemumur dengan tiba-tiba sejak tahun 2019 selepas main di filem Warkop. Dan sampai sekarang masih ada,” ujar Aliando.
Selain dipenuhi kelemumur, dia mengatakan sering diserang sakit kepala melampau seperti vertigo malah berasa seperti tidak memiliki otak di dalam kepalanya.
“Kelemumur kemudian sakit kepala yang keterlaluan sehingga rasa seperti sudah tidak punya otak. Terlalu sakit. Sejak beberapa tahun lalu sehingga sekarang saya masih sering sakit,” akuinya lagi.
Aliando kemudian mengatakan selama ini tidak pernah berkongsi perasaan aneh yang dirasai (disantau) atau mempunyai penyakit kerana sering dianggap sebagai pembohong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live