Sudah ‘hooked’ dengan drama bersiri baharu, Nusyuz Berkiblat Cinta? Jangan lupa saksikan dua pelakon utama yang membintangi siri berkenaan, iaitu Nadhir Nasar dan Shaza Bae menerusi GempakTV.

Nadhir dan Shaza bercerita mengenai drama lakonan mereka dan dalam masa yang sama memberikan reaksi terhadap sambutan hangat yang diterima menerusi siri tersebut.

“Cerita ini sangat straightforward… Kita nak sampaikan mesej tentang betapa cinta itu buta,” ujar Nadhir yang membawakan watak Erfhan.

Mula disiarkan pada 3 April lalu, Nusyud Berkiblat Cinta turut dilakonkan oleh Fikry Ibrahim dan Emma Maembong.

Dalam pada itu, GempakTV juga turut diserikan dengan kehadiran penyanyi Aepul Roza dan juga Resya Rahman (Margosa) bagi mempromosikan lagu Cinta Pasti Bersatu.

Aepul juga bercerita bagaimana kolaborasi berkenaan boleh berlaku sehingga tercetusnya lagu berkenaan.

Jangan lupa saksikan Gempak TV pada pukul 9 malam ini di Astro Ria.