Juara Lawak Solo musim pertama, Danial mengakui berada di dalam dilema sama ada mahu terus bekerja sebagai jurukamera atau fokus kepada pentas komedi sepenuhnya.
Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 23, berkata, dia masih belum memutuskan tentang hala tuju kerjayanya itu.
“Terus-terang saya katakan, saya masih belum memikirkan soal itu kerana sejak menyertai program ini, saya tidak menjangkakan akan menjadi juara.
“Saya seorang jurukamera sambilan di Utusan Online, sayang kalau saya tinggalkan kerja saya itu, tetapi berlawak minat saya.
“Tengoklah nanti saya akan buat keputusan dalam waktu terdekat. Jika ditakdirkan pelawak merupakan kerjaya baru saya, saya akan memberi fokus seratus peratus dalam bidang ini kerana saya mahu berdiri seiring dengan Nabil Ahmad,” katanya ketika ditemui Astro Gempak di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), baru-baru ini.
Bercakap mengenai wang kemenangannya sebanyak RM80,000, Daniel berhasrat untuk membawa ibunya ke tanah suci Mekah mengerjakan Umrah atau Haji.
“Niat saya memang nak bawa ibu pergi ke Mekah. Mudah-mudahan hasrat saya itu tercapai dan wang ini mencukupi untuk hantar ibu ke sana.
“Apa lagi yang boleh saya berikan sebagai anak, selain berbakti kepada ibu dan bapa serta penuhi impian mereka,” katanya sebak.
Dalam pada itu, Danial turut berharap agar kehadirannya di pentas lawak diterima ramai dan dapat memeriahkan lagi dunia komedi tanah air.
“Terima kasih kepada sifu saya di Lawak Solo iaitu Nabil, Douglas Lim dan Ebby Yus kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sehingga saya berjaya bergelar juara.
“Tanpa tunjuk ajar dari mereka, saya mungkin tidak akan berada di tempat saya sekarang. Saya juga berharap agar kehadiran saya ini dapat memberi warna kepada dunia komedi tanah air,” ujarnya.
Selain Danial sebagai juara, pentas akhir Lawak Solo turut menyaksikan Mad Sabah memenangi tempat kedua dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM40,000.
Pemenang tempat ketiga dan keempat menjadi milik Fikry dan AG Hafiz dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM10,000.
Keempat-empat peserta akhir turut mendapat trofi sumbangan Astro.
Juri pertandingan terdiri daripada juri tetap, Datuk AC Mizal dan pelawak terkenal, Saiful Apek serta juri jemputan, Erra Fazira.
Semua finalis Lawak Solo diadili 70 peratus juri profesional dan 30 peratus undian penonton.
Program berkenaan diacarakan pelawak popular, Johan.
Fiza Kamarudin
Wed Dec 14 2016
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.