Tambah Aliff, single terbaharunya, Biar Apa Orang Kata itu ditujukan khusus buat individu yang rasa rendah diri.
"Saya buat lagu ni khusus kepada mereka yang rasa rendah diri sebab semua orang itu elok tak kira hitam, pendek, gemuk atau putih?
"Jangan lupa dengarkan di YouTube dan platform digital media yang lain," katanya menerusi entri di Instagram.
Sehingga kini, sejak dimuat naik di YouTube pada 18 November lalu, muzik video Biar Apa Orang Kata telah ditonton lebih 518,000 kali.
Manakala, video itu mendapat tanda dislike 26,000 lebih tinggi berbanding tanda like, 18,000.
Biar Apa Orang Kata menampilkan beberapa artis popular seperti Wak Doyok, Forteen, Vicha, Arja Lee, Zoey Rahman, Ziela Jalil dan ramai lagi.
Muzik video penuh Biar Apa Orang Kata akan dimuat naik di YouTube pada hari Ahad ini.