Laman Utama
Pemain Baru Dalam Industri? Sedikit Pun Tak Halang Wanita Ini Untuk Hasilkan....
Biarpun dianggap sebagai 'pemain baru' di dalam industri, ia langsung tidak mematahkan semangat seorang wanita untuk mengembangkan sayap perniagaannya di mata dunia.
Buktinya, Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif MyVitalab Nabiha Aimi, optimis untuk melakukan pelbagai perancangan untuk meningkatkan pasaran tempatan dan menembusi pasaran serantau.
"Idea untuk produk MyVitalab telah dibangunkan pada permulaan tahun 2020, di mana proses R&D dan pencarian sumber produk telah dijalankan.
"Selepas membuat kajian teliti, kami telah merangka rancangan untuk melancarkan empat jenis pek kesihatan.
"Namun, disebabkan oleh situasi semasa, MyVitalab memilih untuk melancarkan Vitamunity dan Vitarepair terlebih dahulu,” tambah Nabiha.
Jelasnya Nabiha, MyVitalab telah memperkenalkan pra-pek suplemen harian yang lengkap untuk memudahkan pengambilan suplemen, justeru mencapai kadar nutrisi yang betul serta meningkatkan lagi kesihatan badan.
"Setiap kotak mengandungi paket atau sachet suplemen yang siap sedia dipaketkan untuk penggunaan selama 30 hari. Kami telah memilih setiap suplemen dengan teliti jadi anda tidak lagi perlu untuk risau tentang suplemen mana yang paling sesuai untuk diambil secara bersama bagi mencapai objektif kesihatan tertentu.
"Pengguna hanya perlu membuka paket yang sedia ada di dalam pek untuk pengambilan suplemen yang tepat setiap hari dan mudah pula dibawa ke mana-mana," katanya.
Must-Watch Video