Berita
Pemain Karakter Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia; May the Force Be With You
Peminat siri filem Star Wars kehilangan seorang penggerak watak penting mereka apabila David Dave Prowse yang membawa karakter Darth Vader meninggal dunia.
Prowse dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun kerana penyakit yang dideritainya sejak lama pada Sabtu (28/11/2020).
Berita kematian Prowse disampaikan oleh agensi menerusi sebuah kenyataan di Facebook.
"Dengan sangat berat hati dan sedih kami mengumumkan klien kami, David Prowse telah meninggal dunia pada usia 85 tahun.
"Beliau telah menjadi pujaan dan meninggalkan kesan yang besar dalam banyak diri peminatnya. Ucapan belasungkawa buat keluarganya," tulis agensi aktor itu seperti dilaporkan The Guardian.
Khabar kematiannya itu membuat banyak karyawan dari filem mega tersebut ikut bersedih.
Pemain Luke Skywalker, Mark Hamill memberi ucapan belasungkawa terhadap pemergian aktor yang disifatkannya sangat baik.
"Beliau seorang yang sangat baik, lebih dari Darth Vader. Beliau mencintai peminatnya sepertimana kalian meminati mereka," cuitnya di Twitter.
Dalam sebuah wawancara, Prowse pada awalnya ditawarkan watak Vader dan Chewbacca oleh George Lucas.
Namun, bekas ahli bina bidan itu memilih untuk diuji bakat bagi watak Darth Vader.
"Semua orang selalunya akan mengingati watak jahat," jawabnya.
May the Force Be With You!
Kredit Foto: The Guardian
Must-Watch Video