Pemain Keyboard, Md Shah Othman, 72, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi daripada kanser kelenjar di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, jam 12 tengahari hari ini.

Berita dukacita ini disahkan oleh menantunya, Nazrul Tahir.

Sekadar info, sepanjang hayatnya Shah telah menjadi pemain keyboard bagi kumpulan ikonik era-90an Kembara dan Ilusi.


Berita Trending: Ikut Cara Pengguna Facebook, Barang Makanan Yang Dibawa Khairul Aming Ke New Zealand Tak Dirampas - “Benda Ini Sangat Membantu”


Kali terakhir, Shah sempat beraksi untuk Konsert Kembara Panorama Jingga: 1444 Hijrah yang bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 31 Julai 2022.

Kumpulan Kembara terdiri daripada Datuk M Nasir selaku vokalis, Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan juga arwah Md Shah Othman (keyboard).