Laman Utama
Pemakaian Dibandingkan Dengan Diana Amir, Neelofa Akur Masih Banyak Kelemahan; “I’m Not The Most Perfect Person…”
Pernah dibandingkan dengan bekas pelakon Diana Amir, usahawan terkenal Neelofa mengakui dirinya masih banyak kelemahan dan tidak sempurna.
Berharapkan orang ramai mendoakannya, Neelofa berkata dia sentiasa ingin mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.
“Saya tengok beberapa kisah atau perjalanan hidup orang di sekeliling yang saya kenal, kehidupan mereka lepas jauh lebih tidak manis daripada kehidupan saya.
“Tapi bila Allah pilih dan ubah dia, kadang-kadang kita tak tahu sebenarnya Allah ubah dia jauh lebih baik daripada saya. Bukan nak cakap fasal Diana Amir tapi orang lain.
“Jadi, isu saya dengan Diana Amir sekiranya anda nampak saya ini tidak sempurna, tidak baik, masih lagi banyak kelemahan, apa yang anda boleh lakukan adalah sama-sama mendoakan dan cakap benda baik-baik.
“Sudah tentu saya bukannya seorang yang alim, soleh, cukup ilmu tinggi… tidak. Tapi saya di sini cuba sedaya upaya saya berusaha.
“Setakat yang saya mampu untuk jadi orang baik dari dulu. But I am not the most perfect person yang anda semua expect saya jadi macam itu,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini, penampilan Neelofa ketika bertemu dengan Diana Amir untuk program Next To Neelofa mengundang pelbagai reaksi netizen yang membandingkan permakaian mereka berdua.
Segelintir netizen berpendapat bahawa cara pemakaian Diana adalah gaya yang sebaiknya yang dilihat tidak terlalu berlebihan atau berfesyen berbanding Neelofa.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video