,
Laman Utama

Pemandangan Cantik & Mempesona, Autumn In Wales Bawa Penonton Seperti Honeymoon Ke Luar Negara!

Syafiqah Jalal
23/03/2022
08:29 MYT
Tinggal sehari sahaja lagi filem romantik komedi, Autumn In Wales bakal menemui penonton di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Filem yang menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom itu membariskan pelakon-pelakon popular seperti seperti Eyka Farhana, Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Fara Mendoza, Wanns Ahmad dan Amirul Haswendy.
Filem terbitan oleh produksi yang menerbitkan filem ‘Ada Apa Dengan Dosa’, iaitu Pencil Pictures And Record itu bakal menarik minat penonton bukan sahaja jalan ceritanya malah pemandangan dan sinematografi yang indah di Wales itu juga seperti membawa penonton bercuti dan honeymoon ke luar negara.
Berikut ulasan lebih lanjut mengenai filem arahan pengarah popular Rahila Ali itu.
#1 Lokasi Penggambaran & Sinematografi
Tajuk Autumn In Wales sahaja sudah dapat membawa penonton membayangkan keindahan negara berkenaan ketika musim luruh. Bukan sahaja bandarnya yang mempunyai banggunan yang cantik tetapi suasana musim luruh itu pasti membuatkan penonton rasa ingin terbang ke sana.
Jarang filem tempatan mengetengahkan keindahan serta sinematografi menarik di Wales dan sedikit sebanyak mampu menyuntik keterujaan penonton yang rindukan aktiviti melancong ke negara luar dalam norma baharu sekarang ini. Ia menambahkan lagi ‘mood’ melancong dan honeymoon penonton!
Selain tempat dan sinematografi memukau serta penampilan koleksi-koleksi busana yang menarik ketika melancong, disamping itu penonton boleh bersantai dengan telatah mencuit hati menerusi setiap watak.
#2 Karekter Pelakon Menyerlah
Karya ini menjadi filem lakonan pertama oleh bekas penyampai radio ERA, Jaa Suzuran. Jaa memegang watak sebagai Jaka iaitu seorang tukang cuci pinggan yang berasal dari negeri pantai timur dan bersikap ceria serta lucu.
Jaa Suzuran selaku teraju utama mampu menghidangkan satu kelainan, tambahan pula wataknya mempunyai karakter tersendiri iaitu seorang yang kelakar serta sentiasa mengagungkan dialek ibundanya walau ke mana dia pergi.
Selain itu, gandingan mantap oleh Eyka Farhana, Wanna Ali, Keith Foo serta pelakon senior Joey Daud dan Amyza Adnan turut memberi sisi berbeza yang mampu membawa gelak tawa kepada penonton.
Menerusi filem ini juga memperlihatkan kemunculan semula pelakon kacak yang sinonim dengan karakter romantik, Keith Foo.
Meskipun Eyka Farhana pertama kali bergandingan dengan Jaa dan Keith namun keserasian mereka terserlah, malah babak romantic dan komedi mereka bersama ‘menjadi’ sekaligus melahirkan sesuatu yang ‘fresh’ dari mereka.
#3 Genre Romantik Komedi
Autumn In Wales membawa penonton terbang menikmati keindahan negara Wales dan diiringi ‘mood’ romantis sepanjang menonton filem romantik komedi pertama tempatan tahun ini.
Genre romantik komedi semakin jarang diketengahkan tetapi dalam filem ini, pentonton bukan sahaja boleh layan sisi romantic malah boleh berhibur ketawa dengan aksi komedi yang ditampilkan.
Gabungan dua genre ini memang menarik buat penonton yang mahu berhibur dan santai tanpa perlu banyak berfikir ketika menonton.
#4 Babak Ala-Ala Hindustan
Cerita Hindustan tidak lari dari babak romantic dan unsur itu juga ada dimasukkan di dalam filem ini apabila ada satu babak di mana pelakon Wana Ali dan Jaa Suzuran menari sambil diiringi muzik di atas bukit yang berlatarbelakangkan pemandangan indah di Wales.
Filem ini turut menampilkan lagu tema utama bertajuk ‘Pandu Lalu’, nyanyian oleh Wanna Ali, penulis lirik dan komposer oleh Shazee Ishak dan Audi Mok.
Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira seorang gadis manja yang menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Menjelang hari perkahwinan mereka, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan buat Darwish. Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasihyang rupanya dua alam.
Langgan dan saksikan Autumn In Wales Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip- klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula Berputik Selepas Bercuti Di Jepun – “It’s Like Our First Dating, Bila Pulang Kami Mula Rasa…”

gempak
22/11/2024
11:50 MYT
Umum mengetahui kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman.
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

Sering Terima Watak Aksi, Fad Anuar Pasang Impian Mahu Bawa Watak Komedi Pula - “Saya Minat Tapi Tak Ada Rezeki Lagi”

gempak
20/11/2024
06:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengakui mahu keluar dari zon karya aksi dalam setiap naskah yang dibintanginya.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council

gempak
18/11/2024
12:49 MYT
Siapa nak menang hadiah ke Gempak Movie Night Out: Tiket Malam Gala Filem Kahar: Kapla High Council
Unitar