Untung sebenarnya lahir di Malaysia ini, hidup berbilang kaum dan saling hormat menghormati.

Malah kisah dikongsi oleh seorang gadis bersama pemandu GrabCar ini pastinya membuatkan anda rasa betul-betul beruntung.

Menurut Nur Aqilah Syazwani Mustaffa dia bertemu dengan pemandu Grab Wong Zhen Wei atau Ahwei sebaik menempah perkhidmatan Grab dari Terminal Bas Batu Pahat untuk pulang ke rumahnya.

Menurutnya memandangkan sudah jam 6 petang, Ahwei telah berbesar hati untuk singgah ke tepi bazar untuk membeli juadah ketika berbuka.

"Saya saja tanya dia pernah ke pergi bazar dan dia kata belum pernah lagi. Namun tiba-tiba saja dia parking kereta dan bawa saya singgah bazar.

"Memang kebetulan ketika itu memang dah dekat waktu berbuka," katanya.

Menurutnya, apa yang membuatkannya tersentuh apabila lelaki terbabit membayarkan juadah ayam percik dan kuih muih ketika di bazar.

"Mula-mula saya nak beli ayam percik dan kuih muih guna duit sendiri tapi dia terus hulurkan duit bayarkan makanan yang saya beli tanpa agak-agak.

"Hampir RM22 juga dia belanja saya," katanya.

Menurut Aqilah dia amat berterima kasih kepada Ahwei dan mendoakan semoga Ahwei bahagia dan berjaya di masa .

Gadis yang berasal dari Batu Pahat ini turut menyeru orang ramai supaya memberi lima bintang kepada perkhidmatan Ahwei sekiranya mereka berkesempatan menaiki kenderaan Grab beliau.

Sehingga kini tweet Aqilah telah dikongsi sebanyak 7,700 kali.