Laman Utama
Pemilik Butik Fesyen Leeyana Rahman Beri Keterangan Kepada Polis, Bergambar Patuh SOP Dengan Jarak 1 Meter
Pemilik butik fesyen yang tular visual melanggar SOP yang digariskan kerajaan ketika penganjuran pertunjukan fesyen minggu lalu, Yana Lee dan Hafiz Hamid telah tampil ke balai polis Mutiara Damansara untuk memberikan keterangan.
Kongsi pasangan suami isteri itu di Instagram, mereka telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan memohon agar mendoakan kebaikan buat mereka.
"Alhamdulillah. Terima kasih PDRM Malaysia untuk hari ini.
"Kepada yang mendoakan kebaikan, semoga Allah membalas segala kebaiakn untuk anda juga. Amin," tulisnya.
Pasangan itu turut memuat naik foto berlatar belakangkan balai polis Mutiara Damansara bersama seorang lagi kenalan mereka yang turut tular videonya ketika pertunjukan fesyen baru-baru ini.
Pihak polis baru-baru ini mengeluarkan kenyataan akan memanggil penganjur pertunjukan fesyen berkenaan yang didakwa telah melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Minggu lalu kecoh apabila pertunjukan fesyen Leeyana Rahman disifatkan netizen telah melanggar SOP dengan tidak tetamu tidak memakai pelitup separuh muka selain tiada penjarakan fizikal.
Tambah mengecewakan apabila sepotong video tular menampilkan pemiliknya sendiri mengakui acara terbabit tidak mematuhi SOP.
Pasangan itu kemudiannya tampil menjelaskan situasi sebenar sepanjang acara tersebut berlangsung selain membuat permohonan maaf terbuka.
Situasi malang pemilik butik fesyen jenama tempatan itu mendapat simpati ramai pihak namun ada juga yang bertanyakan tindakan yang dikenakan selepas memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Must-Watch Video