Viral

“Pemilik Selalu Biar Pagar Terbuka” - Tular Video Wanita Diserang Anjing Hingga Cedera Parah, Netizen Berang!

gempak
Azwa Rahman
29/07/2020
06:19 MYT
Sponsor Banner
“Pemilik Selalu Biar Pagar Terbuka” - Tular Video Wanita Diserang Anjing Hingga Cedera Parah, Netizen Berang!
Seorang wanita cedera parah apabila diserang seekor anjing di sebuah kawasan perumahan di Taman Tanjung Minyak, Melaka.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @BukanWanted berkongsi sepotong video rakaman kamera CCTV kejadian tersebut untuk tatapan umum.
“Kes dekat Taman Tanjung Minyak Perdana. Tak pasal-pasal je kakak ni kena serang dengan anjing ni. Kesian dia sampai luka-luka. “Kepada pemilik anjing, tambat atau jaga la anjing korang elok-elok. Nanti bila orang pukul ke apa ke, mula la geng-geng pencinta haiwan bersuara,” tulis pengguna tersebut.
Dalam kejadian yang sempat dirakam itu, wanita tersebut berjalan seperti biasa di hadapan rumah yang pintu pagarnya terbuka dan secara tiba-tiba anjing tersebut berlari menyerangnya.
Malah menurut pengguna itu lagi, pemilik anjing tersebut memang selalu membiarkan pintu pagarnya terbuka dan anjing-anjingnya sering menyerang sesiapa sahaja yang lalu di depan rumah. Difahamkan juga pihak Majlis Bandaraya Melaka sudah pun pergi ke rumah pemilik anjing tersebut untuk tujuan penyiasatan.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memberikan maklum balas bercampur-baur terhadap kejadian ini.
Namun, ramai yang tidak berpuas hati dengan tuan anjing tersebut dan berasa kasihan dengan nasib yang menimpa wanita terbabit.
“Aku pencinta haiwan, janganlah sampai bunuh anjing tu. Hanya pukul sampai dia blah. Anjing mana boleh fikir, tuan dia tu yang bodoh lepaskan macam tu je,” komen seorang wargamaya.
“Kepada pencinta haiwan, tak kisah awak nak bela kucing ke anjing ke babi sekali pun, kalau duduk dalam rumah awak itu hak awak. Kalau dah sampai kencing rumah jiran, serang tetangga, itu hak tetangga untuk libas haiwan tu dengan tuannya sekali. sekian,” kata seorang wargamaya.
“Berdosa sekiranya haiwan peliharaan kamu memberikan mudarat kepada orang lain. (kucing/anjing) eg: berak/kencing/mencederakan orang di sekitar kamu. Pandai bela pandai jaga lah bro,” luah seorang wargamaya.
“Saman je tuan anjing tu. Bodoh punya manusia. Aku pon selalu kena kejar anjing. Harap kakak tu saman tuan anjing tu,” cadang seorang wargamaya.
“Boleh tak kita pergi beramai-ramai dan maki tuan anjing tu? Dahlah pagar tu terbuka luas macam nak buat open house lepas tu pekak nak mampus orang kena serang dengan anjing dia. Bodoh ke apa siot? Tolonglah saman owner anjing tu!” tegas seorang wargamaya lagi.
Wanita malang terbabit telah dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 300,000 tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live