Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
Awani
24/07/2024
10:20 MYT
Sponsor Banner
Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.

Pinjam suara watak Nobita selama 26 tahun

Menurut laporan Jiji Press, Ohara atau nama sebenarnya Noriko Tobe telah menerima rawatan untuk satu penyakit.

Ohara yang berasal dari Tokyo telah meminjamkan suaranya bagi watak Nobita iaitu seorang budak lelaki malas tetapi optimis yang dijaga oleh seekor kucing robotik dari masa depan Doraemon, selama 26 tahun bermula pada 1979.

Peranan ini memberi pengiktirafan kepadanya merentasi pelbagai generasi.
Selain Nobita, Ohara turut meminjamkan suara emasnya untuk pelbagai watak dalam anime lain antaranya budak lelaki lincah seperti Peter, pengembala kambing dalam Heidi: Girl of the Alps dan Conan dalam Future Boy Conan termasuklah watak wanita menggoda seperti Doronjo, penjahat dalam Yatterman dan Oyuki dalam Urusei Yatsura.
Selain itu, Ohara juga mengalih suara versi Jepun untuk pelakon Amerika, Shirley MacLaine dan pelakon Perancis, Catherine Deneuve dalam pelbagai filem.
Sumber: ASTRO AWANI menerusi BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024