Hiburan
Pemilik Suara Sailor Jupiter Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun
Pelakon suara, Emi Shinohara yang terkenal dengan watak Makoto Kino atau Sailor Jupiter dalam siri anime Sailor Moon dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 61 tahun.
Menerusi satu kenyataan dalam laman web rasmi agensinya, 81 Produce berkata, Shinohara meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.
Namun menerusi kenyataan tersebut, 81 Produce tidak menyatakan penyakit yang sedang dihadapinya.
Advertisement
“Dukacita dimaklumkan bahawa pelakon kami, Emi Shinohara meninggal dunia dengan tenang pada usia 61 tahun pada 8 September selepas bertarung dengan penyakit walaupun menerima rawatan perubatan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang ditunjukkan kepada mendiang semasa hayatnya dan dengan rendah hati mengumumkan kematiannya,” kata kenyataan itu.
Selain peranan ikoniknya sebagai Sailor Jupiter, Shinohara turut dikenali dengan wataknya sebagai Kushina Uzumaki dalam francais Naruto, Kaho Mizuki dalam Cardcaptor Sakura, dan Presea dalam Magic Knight Rayearth.
Mendiang telah berkecimpung didalam industri selama lebih 30 tahun.
Rakan mediang yang turut bekerja dalam anime Sailor Moon, Megumi Ogata (Sailor Uranus) turut bersedih dengan pemergiannya.
"Kami pernah ketawa tentang bagaimana orang sering salah sebut nama kami...Suatu hari nanti, kita akan bertemu lagi dalam sambungan Cardcaptor Sakura,” ujar Ogata.
81 Produce juga mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada Shinohara sepanjang hidupnya dan menyatakan rasa duka atas kehilangan tersebut.
Sumber: CNA Lifestyle
Must-Watch Video