Laman Utama
Peminat 'Approve' Hawa Rizwana Dengan Khai Bahar - "Kalau Kenen Gurau Tak Apa, Jangan Pula ..."
Selepas dengan penyanyi Aina Abdul, kini Khai Bahar dikaitkan pula dengan penyampai berita, Hawa Rizwana.
Hal ini kerana ramai yang menyukai Hawa menjadi heroin dalam muzik video single terbaharunya berjudul Oh Wanita.
Tidak cepat melatah, Khai bagaimanapun mengaggap perkara itu sekadar hanya usikan nakal peminat.
“Pada saya itu biasa, jika ‘kenen-kenen’ gurau tak apa. Saya okay, tapi jangan sampai yang serius itu sudahlah.
“Saya dah faham usikan-usikan sebegitu, bagi saya ia normal, bukan pada saya sahaja.
“Kalau penyanyi lain pun bila ada pasangan duet, atau pelakon pun mesti akan ada yang cuba ‘kenen-kenen’ sebab nampak serasi dan mereka suka,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam perkembangan terbaharu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin kini tampil dengan lagu, Oh Wanita yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Harry Khalifah,
Untuk info, selain Aina dan Hawa, Khai juga pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana sehingga ada yang berharap pasangan duet ini benar-benar bercinta.
Must-Watch Video