Laman Utama
Peminat Dakwa Syamsul Yusof Dah Kahwin Dengan Ira Kazar? Puteri Sarah Pula Beri Hint Realiti Hidup ‘Bermadu’?
Kecoh di laman sosial apabila Puteri Sarah memuat naik tangkap layar seorang pengikut di Instagram yang mendakwa suaminya, Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar.
Menerusi tangkapan layar berkenaan, pengguna media sosial itu mendedahkan yang informasi diterima daripada rakan rapatnya.
“Salam Sarah so sorry to hear this tapi I pun dengar from one of my very close friend your husband actually dah kahwin with Ira Kazar... Wallahualam.
“Tapi I doakan yang terbaik untuk you moga Allah beri you kekuatan untuk lalui semua ini,” tulis individu berkenaan.
Dalam masa yang sama, Sarah turut memuat naik beberapa siri Instagram yang turut memberi bayangan mengenai krisis rumah tangganya sekarang.
“Work hard, play hard. Cuma I’m curious kenapa I pulak yang dikata nak harta suami? Pergi holiday pun guna duit sendiri.
“Yang belah sana tu minta macam-macam. Keretalah, duitlah. Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Funny, maruah takda kerana duit,” tulisnya.
Dalam masa sama, Sarah sempat memuat naik sepotong video TikTok yang menggunakan sound tentang wanita memberikan syarat untuk sang suami hidup bermadu.
Meninjau ruangan komen pula, ramai yang memberi respons terhadap video berkenaan termasuk pelakon Lufya Omar.
“Dulu aku suruh kau bertahan kan? Sekarang aku rasa kau dah kena buat decision untuk kebahagiaan diri kau sendiri dulu baru fikirkan yang lain. Sampai bila nak merana kan. You deserve to be happy with someone who can appreciate you,” tulis Lufya.
Gempak cuba untuk mendapatkan komen daripada Sarah mengenai isu ini, namun pesanan mesej yang dikirim tidak dijawab.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video