gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Suka ‘Goyang Kaki’ Di Rumah, Remy Ishak Seronok Bantu Isteri Uruskan Anak - “Dia Tak Paksa & Suruh Pun Tapi…”
HIBURAN
Suami Ifa Raziah Tak Pernah Kedekut, Punca Rezeki Sentiasa Murah - “Saya Minta Nak Beg LV & Jam Rolex, Dia Belikan…”
VIRAL
‘Ija’ Buat Laporan Hilang Rupa-Rupanya Rancang Sandiwara Sendiri Larikan Diri Ke Negara Jiran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Peminat G-Dragon Dah Tak Sabar! Mula Beratur Luar Stadium Sehari Sebelum Konsert Berlangsung

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
19/07/2025
01:28 MYT
Sponsor Banner
Peminat G-Dragon Dah Tak Sabar! Mula Beratur Luar Stadium Sehari Sebelum Konsert Berlangsung
Kemunculan bintang terkenal Korea Selatan, G-Dragon di Malaysia sempena konsert jelajah, ‘Ubermensch 2025 World Tour’ di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada Sabtu dan Ahad membuatkan peminatnya teruja.
Seperti diduga, fenomena luar biasa telah tercetus apabila ada peminat yang sudah mula beratur seawal pukul 4 petang pada Jumaat, walaupun pintu masuk konsert hanya dibuka pada 5 petang hari Sabtu.
Menerusi perkongsian yang tular di platform Threads, dilihat beberapa individu sudah pun berkampung di luar pekarangan stadium dengan membawa kerusi dan tikar sebagai alas untuk duduk di lantai.
“Wow Malaysian VIP/FAM sangat gila. MD Booth buka pukul 9 pagi Sabtu dan mereka sudah mula beratur sejak Jumaat, pukul 4 ke 5 petang? What?” tulis di Threads itu.
Difahamkan, kelompok peminat tersebut merupakan pembeli tiket kategori VVIP dan VIP Freestanding yang mana mereka mahu memilih tempat paling hampir dengan pentas.
Justeru, tidak hairan jika mereka sanggup bermalam di luar stadium demi mendapat posisi terbaik dan paling dekat dengan penyanyi idola mereka.
G‑Dragon dijangka akan menyampaikan lagu-lagu dari album terbaru Ubermensch, selain seleksi hits ikonik seperti Crooked, Heartbreaker, dan Untitled, 2014.
View this post on Instagram
A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)
Topic Berkaitan
#peminat
#G Dragon
#Stadium
#Konsert G Dragon
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement