Laman Utama

Peminat Masih Setia, Konsert Happening, Penjenamaan ST12 Makin Kukuh

gempak
Maliah Surip
11/11/2023
05:45 MYT
Sponsor Banner
Peminat Masih Setia, Konsert Happening, Penjenamaan ST12 Makin Kukuh
Sesuatu yang sudah lapuk dan bosan untuk diperkatakan tentang ST12 adalah ketiadaan vokalis yang cukup ikonik dengan kugiran mereka, Charly. Ironi Charly sudah lama meninggalkan mereka.

BERITA TRENDING: ST12, Hazama & Malam Galau Siap Buat Kejutan, Menangi Hadiah Menarik

Namun selepas bertahun-tahun, masih soalan yang sama dilontarkan kepada mereka bagaimana ST12 berjalan tanpa Charly. Kehadiran vokalis ST 12 seperti Aris dan Firman hampir tenggelam. Padahal mereka juga punya karisma tersendiri.
Dan itulah yang dibuktikan pada malam ST12 Live Concert In Kuala Lumpur yang berlangsung di Zepp KL, 10 November.
Pertama kali dibawakan dengan gabungan empat penganjur, ST12 membuktikan tanpa Charly, pengaruh penjenamaan kugiran itu sendiri sudah kuat dan mampu membuat peminat mereka setia.
“ST12 sekarang adalah penjenamaan,” begitu kata pemain drum, Pepep pada sesi bertemu media sebelum konsert berlangsung.
Melalui penjenamaan yang disebutkan, nampak jelas perjalanan tersebut kini berhasil.
Saat Aris membuka pentas konsert dengan Puspa, penonton sudah berteriak. Tidak peduli sama ada siapa sosok vokalisnya yang penting salah satu lagu popular ST12 itu perlu diraikan dengan gembira.
Begitu juga saat untaian hit lain didendangkan seperti Rasa Yang Tertinggal, Aku Terjatuh, Jangan Pernah Berubah, Aku Masih Sayang dan Putri Iklan dilantunkan, tidak ada peminat yang tidak teruja dengan persembahan bertenaga ST12.
Persembahan kugiran yang didirikan pada 2004 tersebut semakin hangat saat Firman muncul mendendangkan hitnya seperti Kepingan Hati dan Kehilangan yang sangat ditunggu peminat.

PILIHAN PEMBACA: Hazama Harap ST12 Dapat Jadi Jambatan Ke Negara Seberang

Penampilan pertama kali Hazama menerusi penyatuan single Harapan Tak Kunjung Usai bersama ST12 juga berjaya menarik perhatian. Vokalis handalan ini tidak kekok bergabung dengan ST12 dan mereka nampak selesa memainkan lagu yang juga menerima sambutan baik di Indonesia ini.
Tidak lengkap konsert jika tiada lagu Putih Putih Melati dan Cari Pacar Lagi yang sudah menjadi seperti ‘lagu kebangsaan’ ST12.
Dan menutup konsert dengan lagu Isabella milik kumpulan legenda Search yang dirakam semula adalah keputusan bijak kerana tidak mematikan momentum dan keghairahan peminat tanpa sesuatu yang didahagakan untuk terus menonton lagi dan lagi persembahan secara langsung ST12.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live