Laman Utama
Peminat Seronok Tengok Intan Salleh Bercuti Dengan Suami & Anak-Anak - “Sweetnya… Happy Untuk Intan”
Sekitar seminggu lalu, usahawan dan selebriti media sosial, Intan Liana Salleh selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, seorang penjawat awam bernama Mohd Aizam Yahya.
Mengenali suaminya itu daripada seorang rakan, Intan mengakui bersyukur kerana sang suami menerima Intan sepenuh hati, meskipun berstatuskan ibu tunggal sebelum ini.
Selain itu, Intan juga mengakui bahagia kerana baik suami mahupun keluarga mentua, masing-masing menerima anak-anaknya dengan sepenuh hati.
Justeru, tidak hairan jika Intan turut membawa dua anaknya, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4, bercuti bersama-sama suaminya baru-baru ini.
Menerusi platform Instagram dan TikTok, Intan berkongsi momen-momen indah percutian bersama suami dan anak-anaknya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Intan tersebut. Tidak kurang, ada juga yang turut berkongsi rasa bahagia terhadap perkahwinan keduanya itu.
“Alhamdulillah Bonda Intan, seronok sangat tengok Intan sekarang,” tulis seorang pengikutnya.
“Sweetnya.. happy untuk Intan. Seronok tengok, bahagia selalu Intan,” kongsi seorang lagi pemintanya.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut berkongsi tentang pengalaman peribadi yang dirasakan sama dengan Intan.
“Sebagai seorang ibu tunggal yang pernah merasa ditinggalkan. Peritnya sehingga ke hari ini 6 tahun. Tidak mudah untuk menerima dan membuka hati setelah berkali disakiti. Semoga ada rezeki saya seperti sis Intan dipertemukan jodoh yang ikhlas dan happy sekali lagi. Happy till jannah doa saya for you sis. Amin,” tulisnya.
Untuk rekod, Intan Liana merupakan bekas isteri kepada pemuzik Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid.
Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
Must-Watch Video