Nampaknya drama Ramadan Pertama Edi yang baru bersiaran untuk episod pertama minggu lalu sudah mengumpul peminatnya tersendiri.

Ramai netizen yang mengikuti drama yang antaranya dibintangi oleh Redza Rosli sebagai Edi, Nad (Mimi Lana), Datuk Aznil Nawawi (Pak Sobri) dan Elly Mazlein sebagai Naemah mengaku setengah jam waktu tayangan dan hanya seminggu sekali membuat mereka 'terseksa'.

"Best drama ni, tapi seminggu sekali je," cuit pengguna Twitter @cik.callalily.

Telah jatuh hati dengan drama ini juga, pengguna @hafiyyabeauty mencuit: "Tak puas satu episod je seminggu. Lama nak tunggu layan episod 2.

Pengguna akaun @masriniza bakri pula mengaku tidak puas hati dengan jam tayangan yang pendek.

"Cerita best seminggu sekali je. Setengah jam je pula tu. Ala tak puas," cuitnya.

Tapi jangan risau, Ramadan Pertama Edi akan segera menghiburkan anda semua dengan episod kedua yang lebih kecoh, malam ini.

Apa agaknya yang terjadi selepas Edi tersalah masuk dan 'tidur' di sebelah kakak iparnya, Naemah?

Drama ini mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.

Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.

Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.

Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.

Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya? Nantikan..

Ramadan Pertama Edi turut dibintangi para pelakon hebat antaranya Datin Lisa Surihani, Raja Azura dan ramai lagi.

Jangan terlepas menyaksikan Ramadan Pertama Edi setiap Rabu pukul 9.30 malam hanya di di Astro Ria 104 (HD) 124 (SD).