,
Sukan

Peminat Teruja, Tom Cruise Beraksi Pada Penutup Sukan Olimpik Paris 2024

Gempak
03/08/2024
12:55 MYT
Bintang Hollywood, Tom Cruise akan melakukan beberapa siri aksi mengagumkan dalam segmen video yang akan disiarkan semasa majlis penutup Sukan Olimpik Paris pada 11 Ogos ini, lapor Xinhua.
Penampilan Cruise adalah sebahagian daripada upacara penyerahan Bendera Olimpik dari Paris ke bandar tuan rumah Sukan Olimpik 2028, Los Angeles.
Menurut laporan, pelakon berusia 62 tahun itu merakam video yang menyaksikan beliau menunggang motosikal melalui kota Paris, turun dari sisi Stade de France, dan kemudian terjun dari pesawat sebelum mendarat berhampiran simbol ikonik industri perfileman yang memaparkan perkataan ‘Hollywood’ di Los Angeles.
Selepas mendarat, Cruise menyerahkan bendera itu kepada seorang atlet yang memulakan larian obor keliling bandar.
Cruise, yang sedang menjalani penggambaran untuk francais filem 'Mission Impossible' terbaharu di Paris, memanfaatkan peluang itu untuk membuat rakaman aksi bagi majlis penutup, mengelirukan ramai yang menyangka ia adalah penggambaran filem biasa.
Menurut laporan akhbar The Guardian, Cruise yang baru sahaja menerima gelaran Knight of the Legion of Honneur daripada Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati mengusulkan idea ini kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang menjanjikan segmen yang mendebarkan.
Sumber - BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Sukan

Zii Jia Terima RM250,000, Aaron-Wooi Yik Dapat RM100,000 Seorang

gempak
22/08/2024
13:25 MYT
Durian runtuh buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila bakal menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM200,000.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Lee Zii Jia Mahu Terus Berjuang Bawa Pulang Pingat Emas Untuk Malaysia - “Iltizam Saya Adalah Untuk Memastikan…”

gempak
14/08/2024
16:55 MYT
Pemain badminton perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia tidak menyangka akan melalui perjalanan yang berliku selepas temasya Olimpik sulungnya di Tokyo pada 2020.
Hiburan

Rindu Yang Teramat, Jiggy Tak Sabar Nak Jumpa Dhabitah Sabri - “Saya Bawa Diri Untuk Dia, Lain Semua Standby Dekat Rumah”

gempak
13/08/2024
08:52 MYT
Rasa rindu yang meluap tidak dapat disembunyikan lagi oleh pelawak Jiggy yang juga suami kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri apabila lebih seminggu tidak bersua bersama isteri kesayangannya itu.