Hasrat seorang pemuda untuk meraikan hari bahagia kakak kandungnya pada Jumaat tidak kesampaian setelah dia maut dalam kemalangan dengan sebuah bas berhenti di Jalan Satu Krubong, pada pagi Khamis.


Cedera parah

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa Muhammad Aizad Khairil Anwar, 20, yang menunggang motosikal Honda RS-X meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci kereta di Tangga Batu dalam perjalanan dari arah Krubong Perdana menghala ke Tangga Batu.

Menurutnya, dalam masa sama, sebuah bas henti-henti yang dipandu lelaki berusia 33 tahun dari arah Taman Inang Sari menghala ke Melaka Sentral sedang bergerak perlahan di lorong kiri untuk berhenti.

Katanya, setiba di lokasi kemalangan pemandu bas yang beralamat di Taman Bertam Perdana terdengar bunyi dentuman dari arah belakang

"Apabila pemandu berhenti dan keluar dari bas dia mendapati motosikal mangsa telah melanggar belakang bas terbabit dan menyebabkan mangsa terbaring di atas jalan.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

BERITA TRENDING: Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun

BERITA TRENDING: Jenazah Pyanhabib Selamat Dikebumi, Lebih 200 Orang Hadir Beri…


BERITA TRENDING: #PrayForFatimah: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum…


BERITA TRENDING: “Kalau Nak Pergi, Pergilah Nanti Saya Akan Menyusul” - Isteri Kongsi Detik…


Ujarnya siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan polis memohon bantuan saksi awam tampil membantu siasatan kes kemalangan membabitkan dua kenderaan itu.

Beberapa jam selepas insiden itu tular satu klip video di media sosial, mengenai kemalangan terbabit selain memaparkan orang awam memarahi tindakan pemandu bas itu yang berhenti di bahu jalan.

Malah di ruang komen beberapa pengguna yang mengenali mangsa memberitahu sepatutnya pemuda itu akan meraikan majlis perkahwinan kakaknya yang berlangsung pada Jumaat.

Sumber: SINAR HARIAN