Laman Utama

Pemuda Rugi RM30,000, Bakal Pengantin Perempuan Scam Rupa-Rupanya Isteri Orang Beranak Dua!

gempak
Firdaus
14/11/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Pemuda Rugi RM30,000, Bakal Pengantin Perempuan Scam Rupa-Rupanya Isteri Orang Beranak Dua!
Pemuda Rugi RM30,000, Bakal Pengantin Wanita ‘Hilang’ Pada Hari Perkahwinan
Seorang pemuda kerugian kira-kira RM30,000 setelah menjadi mangsa penipuan perkahwinan palsu.
Dalam kejadian yang berlaku di Kuching, pemuda berusia 28 tahun itu telah bertunang dengan seorang wanita yang tanpa disedari merupakan isteri orang.

BERITA TRENDING: Tapaukan Makanan, Beri Duit Belanja Sekolah... Kasih Sayang Wanita Ini Untuk Anak Yatim Bikin Ramai Sebak!

Apa yang lebih menyakitkan hati apabila penipuan itu didalangi oleh bapa wanita itu sendiri yang bersubahat memperdaya pemuda tersebut.
"Pada 9 November rombongan kami dari Kuching berangkat pada jam 6 pagi dan tiba di Daro pada jam 5 petang.
"Sampai di Daro, kami terus pergi ke Homestay yang sudah ditempah oleh si pengantin wanita untuk rombongan kami seramai 22 orang.
"Namun malangnya kami terkejut apabila pemilik Homestay memberitahu tiada bilik yang ditempah untuk mereka," katanya.
Lebih mengejutkan, apabila pemuda berkenaan dimaklumkan status 'tunangnya' itu sebenarnya isteri orang.
"Saya pun segera menghubungi keluarga pengantin wanita namun tiada siapa yang menjawabnya.
"Persiapan majlis langsung tidak ada. Saya cuba lagi hubungi bakal pengantin wanita dan bapanya tetapi kedua-dua tiada menjawab.
"Selepas itu saya pergi rumah jiran sebelah dan rupanya tuan rumah sebelah itu mak saudara si pengantin perempuan.
"Jadi kami beritahu tujuan datang dan tanya pasal pengantin perempuan sama ada kenal atau tidak.
"Bertambah geram dan terkejut apabila mak saudara wanita itu memberitahu nama sebenar tunangnya dan lebih parah dia sudah bersuami dan mempunyai dua anak," ujarnya.
Susulan kejadian tersebut, pemuda berkenaan telah membuat laporan polis dan dalam pada itu, dia juga mendedahkan bahawa wanita berkenaan merupakan penguat kuasa awam yang berkhidmat di Johor.
Sumber: Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live