Laman Utama
Penampilan Baharu Zac Efron Dikritik Hodoh Seperti Beberapa Karakter Kartun
Nama Zac Efron menjadi trending di media sosial selepas dia muncul mengambil bahagian dalam salah sebuah majlis secara dalam talian di Facebook Watch.
Ramai peminat dan netizen yang melihat penampilan Efron terkejut. Wajah bintang The Greatest Showman itu dinilai sebagai sangat berbeza daripada penampilannya sebelum ini.
Penampilan baru lelaki berusia 33 tahun itu membuatkan banyak yang berspekulasi dia telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.
Namun, perubahan yang berlaku pada bahagian wajahnya itu dinilai hodoh, lapor Pagesix.
Malah netizen mula menyamakan wajah baharu Efron dengan beberapa karakter kartun termasuk Squidward dari animasi Spongebob dan Shrek.
"Aku tak percaya Zac Efron adalah Shrek versi manusia," cuit seorang pengguna.
"Apa yang telah dilakukan terhadap rahangnya?" cuit seorang lagi pengguna Twitter.
"Ada gambar Zac Efron tersebar dengan wajahnya seperti baru menerima botox dan rahang yang teruk," kata seorang yang lainnya.
Efron tampil bersama beberapa rakan artis lain termasuk Justin Bieber dalam acara anjuran
Bill Nye The Science Guy untuk mempertingkatkan kesedaran merayakan Hari Bumi.
Tahun lalu Efron mengubah penampilannya untuk terlibat dalam sebuah naskhah yang ditayangkan di Netflix, Down To Earth.
Dalam satu temubual, dia mengaku tidak mahu kembali kelihatan kacak selepas melakukan transformasi untuk watak yang memerlukan dia kelihatan seperti seorang 'bapa yang biasa'.
"Saya menyedari setelah terlibat dalam filem itu, saya tidak mahu kembali kepada bentuk badan (penampilan) asal," katanya.
Kredit Foto: Page Six
Must-Watch Video