Anak kepada usahawan kosmetik tersohor Datuk Seri Vida iaitu Cik B, 15, telah mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan imej lebih feminin.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah didandan rambutnya kelihatan lebih lurus serta disolek dengan solekan yang ringkas.

:)

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® ?????? (@cikb_havoc66) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji kecantikan Cik B malah ada segelintir yang tidak percaya melihat perubahan itu.

"@imsyedsyafiq: Saya terkejut.

"@randomsofeaa: Cik B berapa kali nak cakap dilarang comel.

"@iamzafifahimanaaa: Cik B cantiknya.

"@farahnurfadzil: Adakah itu awak Cik B? Awak kelihatan memukau.

"@muiz_mstfr: Wow makin cantik Cik B," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Selain warganet, Datuk Seri Vida turut sama menulis komen di entri tersebut.

"Anak mama ke ni? Tunggu yang kecam Cik B tu.. Hambek," tulisnya.

Sehingga kini, perkongsian itu telah mendapat hampir 470,000 tontonan dan 1,700 komen.