HIBURAN
Penampilan Terkini Syahrini Di Festival Film Cannes 2025 Jadi Perhatian
Penyanyi Syahrini diketahui telah lama tidak tampil dalam majlis hiburan tempatan di Indonesia selepas berkahwin dengan Reino Barack beberapa tahun lalu.
Namun dia membuat peminat terkejut selepas dilihat menghadiri majlis berprestij Festival Film Cannes 2025 di Perancis. Kelibat Syahrini dirakamkan di karpet merah acara penting buat para karyawan filem tersebut.
Syahrini tampil mewah dengan gaun putih perak dan berhijab seperti biasa.
Penampilan Syahrini di festival yang berlansung sejak 13 sehingga 24 Mei itu bagaimanapun menuai pelbagai respons.
Selain memuji kecantikan dan bagaimana Syahrini istiqomah memakai hijab dalam acara gah tersebut, ramai juga yang mempersoalkan tentang wajah ibu satu anak itu. Ada yang mendakwa Syahrini seperti melakukan pembedahan plastik kerana wajahnya kelihatan berbeza.
“Boleh berubah-ubah mukanya ya?”tanya seorang warganet seperti dilaporkan Viva.co.id.
Malah ada juga yang bertanya bagaimana Syahrini mendapat undangan ke festival itu lantaran dia bukan seorang pelakon.
“Cara diundang ke sini bagaimana? Adakah melalui suami? Soalnya dia kan tidak ada filem,” tanya seorang warganet.
Diketahui selain Syahrini, dua lagi bintang Indonesia yang berada di festival sam adalah aktres tersohor, Christine Hakim dan aktor Reza Rahadian.
Must-Watch Video