Viral

Penangan Drama Korea, Peniaga Ini Hasilkan Soju Versi Halal!

gempak
Amri Hassan
26/08/2020
08:50 MYT
Sponsor Banner
Penangan Drama Korea, Peniaga Ini Hasilkan Soju Versi Halal!
Ketika gelombang hiburan dari Korea terus mempengaruhi gaya hidup khususnya generasi muda dunia, seorang pengusaha makanan dari Bandung, Indonesia tampil dengan idea menarik dalam mempelbagaikan produknya.
Bercerita kepada portal berita Kompas.com, Sovi memberitahu, dia menghasilkan minuman tradisional, soju, yang diolah ramuan dan cara penyediaannya menjadi versi halal.
"Minuman Mojiso ini tidak seperti soju di Korea. Bahannya 100 peratus berbeza. Kerana itulah ia halal," ujarnya.
Soju tulen adalah minuman keras yang mengandungi 17 hingga 20 peratus alkohol. Ia boleh dibuat menggunakan nasi, gandum atau kentang.
Jelas pengusahanya yang bernama Sovi, idea untuk membuat minuman tersebut hadir selepas dia menonton drama bersiri Korea, yang mendorongnya untuk mencuba makanan dan minuman negara tersebut.
"Saya telah mencuba banyak makanan Korea yang halal, namun masih belum mencuba minumannya," katanya.
Selepas mempelajari resepi mojito daripada rakan yang mengusahakan kafe, Sovi kemudian mencuba resepi soju.
Dia telah menghasilkan beberapa perisa termasuk yogurt, laici, teh hijau dan strawberi.
Berpuas hati dengan hasil produknya, Sovi mula memasarkan minumannya dengan rakannya Rinda, yang memiliki kedai makanan dalam talian Warung Mini Ummik Project.
Versi bebas alkohol berjenama Mojiso itu dilabelkan sebagai minuman 'sparkling' Korea dijual dalam botol hijau.
Sebotol dengan kandungan 360 mililiter dijual pada harga 45,000 Rupiah (RM12.80) dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan di seluruh Pulau Jawa.
Produk baharu itu menarik minat netizen dan menyifatkannya mempunyai rasa soda yang lebih ringan, selain menyegarkan.
Sumber: Awani, Kompas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024