Laman Utama

"Penantian 7 Tahun Berbaloi" - Ahmad Idham Berjaya Genggam PhD, Gegas Ke Sintok Lepas Penamaan Calon!

gempak
Shahrin Zulkifle
07/11/2022
04:00 MYT
Sponsor Banner
"Penantian 7 Tahun Berbaloi" - Ahmad Idham Berjaya Genggam PhD, Gegas Ke Sintok Lepas Penamaan Calon!
Pelakon dan pengarah Ahmad Idham melahirkan rasa syukur apabila berjaya menggengam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam sebuah majlis istiadat konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.
Jelas Idham, biarpun dirinya sibuk dengan proses penamaan calon Pilihan Raya Umum 15 (PRU 15) yang menyaksikan dirinya bertanding merebut kerusi Parlimen Port Dickson, namun untuk menghadiri acara konvekesyen adalah juga tanggungjawabnya.
“Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah dan sangat bermakna buat saya apabila dapat menggenggam skrol ljazah Doktor Pengurusan dalam Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2022, Sintok.
“Usai pengumuman penamaan calon parlimen Port Dickson untuk PRU15 semalam saya terus bergegas ke Sintok sebagai persiapan akhir sebelum Majlis Konvokesyen ke-34 yang berlangsung pada hari ini.
“Walaupun jadual dan masa pergerakan yang sangat padat kurang daripada 24 jam, namun ianya adalah tanggungjawab yang harus saya terima dan laksanakan.
“Penantian selama hampir 7 tahun ini membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan penyelidikan saya untuk ljazah Doktor di dalam bidang pengurusan,” katanya
Ahmad Idham berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar ilmu yang diperolehi dapat dikongsikan bersama penduduk Port Dickson sekiranya berpeluang menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut.
“Saya mengharapkan dengan ilmu yang saya ada dapat dimanfaatkan dan diterjemahkan pelaksanaannya dalam mengurustadbir selain mempopularkan Port Dickson sebagai bandar pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Selain itu, saya mengharapkan dengan berjaya menghabiskan penyelidikan dan menerima ljazah Kedoktoran ini dapat mencetuskan semangat untuk belajar selain dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda khususnya di Port Dickson untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi”, tambahnya.
Terdahulu, selain Ahmad Idham yang mewakili parti Pejuang, kerusi Parlimen Port Dickson turut menyaksikan tiga lagi saingan lain termasuk Datuk Seri Aminuddin Harun mewakili Pakatan Harapan (PH), Datuk P. Kamalanathan (Barisan Nasional) dan Rafie Mustapha (Perikatan Nasional).
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024