Penantian peminat drama siri Gossip Girl akhirnya berakhir apabila ia ditayangkan bermula 5 petang hari ini.

Menampilkan pelakon serba baru, Gossip Girl versi 2021 ini akan membawa penonton menyaksikan kehidupan remaja elit di bandar New York.

Pastinya versi baru ini lebih segar, lebih drama dan penuh misteri.

Ditambah pula kehadiran suara naratif ikonik Gossip Girl iaitu Kristen Bell, drama ini pastinya membuatkan penonton lebih teruja.

Tidak lengkap rasanya tanpa suara Kristen Bell!

Untuk makluman, antara yang bakal memeriahkan kehidupan remaja elit ini adalah Emily Alyn Lind, Tavi Gevinson, Whitney Peak, Eli Brown, Johnathan Fernandez, Jordan Alexander, Savannah Smith, Evan Mock, Jason Gotay, Thomas Doherty, Adam Chanler-Berat, Savannah Smith dan Zion Moreno.

Sejauh mana, pelajar sekolah elit ini berdepan dengan drama Gossip Girl anda kenalah tonton petang ini.

Siri Gossip Girl akan ditayangkan pada jam 5 petang ini, sama dengan waktu US secara On Demand atau melalui Astro Go dan HBO Go.