Penantian pasangan Pekin Ibrahim dan Mona Allen memiliki zuriat tercapai apabila pelakon jelita itu mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Menerusi laman sosial Instagram, Mona memuat naik sebuah foto bersama suami, aktor Pekin Ibrahim sambil memegang ‘baby bump’ untuk tatapan umum.

Dalam pada itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memanjatkan kesyukuran dan memohon orang ramai mendoakan kesejahteraannya dan bayi di dalam kandungan.

“Alhamdulillah syukur, doa yang baik-baik ye,” tulis Mona di ruangan kapsyen.

Namun Mona tidak mendedahkan usia kandungannya kini memasuki berapa bulan.

A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)


Sementara itu di ruangan komen, perkhabaran gembira tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan wargamaya.

“Semoga dipermudahkan segalanya,” komen Kaka Azraff.

“Alhamdulillah sayangku, syukur pada mu ya Allah,” ujar Siti Elizad.

“Alhamdulillah, welcome to the club,” tulis Uyaina Arshad.

“Alhamdulillah, congrats Mona and Pekin,” uca Ramona Zamzam.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 105,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sekadar informasi, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2018.