Laman Utama

Penat, Mira Filzah & Suami Mohon Maaf - “Saya Akan Berikan Perkembangan Dari Masa Ke Masa..”

gempak
Azwa Rahman
12/05/2022
08:37 MYT
Sponsor Banner
Penat, Mira Filzah & Suami Mohon Maaf - “Saya Akan Berikan Perkembangan Dari Masa Ke Masa..”
Pelakon cantik Mira Filzah meluahkan dia berada dalam keadaan penat selepas beberapa hari bersalin dan memohon diberikan ruang untuk dirinya dan suami berehat.
Menerusi laman sosial Instagram, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memaklumkan perkara tersebut untuk tatapan umum.
Pada masa sama dia turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas ucapan dan mesej yang dititipkan kepadanya menerusi telefon atau media sosial.
“Dua-dua penat. Saya akan berikan perkembangan terkini dari masa ke masa, Insya-Allah apabila semuanya perlahan-lahan kembali baik.
“Saya tidak dapat hendak membalas mesej satu persatu menerusi WhatsApp atau Instagram. Maafkan saya,” luahnya yang dimuat naik di IG Story.
Menerusi hantaran itu juga, pelakon drama Chandelier itu turut berkongsi sekeping foto suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang sedang tidur ketika menemaninya dipercayai di hospital.
Dalam hantaran berbeza, Wan Emir berkongsi sekeping foto dirinya memangku bayi lelaki yang baru dilahirkan serta keadaan terkini Mira yang tersenyum sewaktu memegang putera sulung mereka.
Pada 10 Mei lalu, Mira dan suami menyambut kelahiran seorang bayi lelaki sekitar pukul 3.40 pagi di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
istimewanya lagi, bayi lelaki yang digelar sebagai Baby W itu turut berkongsi tarikh lahir dengan Mira mengikut kalender Islam iaitu pada 9 Syawal.
Pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live