Sempurna! Mungkin itu perkataan paling tepat menggambarkan telefon pintar OPPO FindX3 Pro.

Selepas hampir 10 tahun usaha keras OPPO, siri FindX3 akhirnya tiba dengan pelbagai fungsi hebat yang pengguna belum pernah alami.

Bukan saja cantik dan penuh estetika, siri FindX3 juga padat dengan teknologi yang ‘ground breaking’.

Namun, apa sebenarnya kehebatan siri FindX3? Adakah ia jauh lebih hebat daripada siri FindX2?

Ini fakta menarik anda wajib tahu!

#1 Rekaan Penuh Estetika! Serious Cantik!

Penghasilan reka bentuk peranti ini boleh dianggap sebagai misi yang amat mustahil.

Difahamkan ia mengambil inspirasi daripada sejarah bangunan Casa Mila, terletak di Barcelona, Spain.

Sekeping bingkai kaca melengkung dengan sempurna, yang memerlukan 2,000 titik kawalan untuk menghasilkan bentuknya yang sempurna.

Rekaan Find X3 Pro sangat nipis dan ringan, dengan ketebalan hanya 8.26mm dan seberat 193g, ia meluncur dengan mudah ke dalam poket dan terletak elok dalam genggaman, di samping memiliki ketahanan air IP68 dan habuk.

Hasil gabungan ini menjadikan reka bentuk FindX3 sangat cantik, selesa dan tahan lasak.

Lihat saja tekstur peranti ini, seperti porselin, malah lapisan seramik menawarkan penampilan berkualiti tinggi.

Variasi warna birunya didatangkan dengan rekaan tanpa silau, dengan kelegapan 85%.

Dengan warna dwi-tonanya, tekstur bersifat satin pada telefon ini dipadankan dengan timbulan kamera yang berkilat, menghasilkan sebuah kontra di antara visual dan sentuhan.

Untuk siri kali ini, ia hadir dengan dua warna iaitu The Ultimate glaze (Gloss Black) dan Ultimate Matte (Blue).

#2 Peranti Pertama Dengan 1 Bilion Warna Kamera dan Skrin


OPPO FindX3 Pro menjadi telefon Android pertama di dunia yang mampu merakam, memproses dan memaparkan imej satu bilion warna.

Ia dilengkapi dengan sebuah skrin yang selesa, berkeluasan 6.7 inci digabungkan dengan Full-path 10-bit Colour Management System OPPO, ia menghasilkan sebuah visual yang sangat indah.

Warna yang dirakam sangat realistik dan jitu berbanding kebanyakan peranti di pasaran.

Ini kerana menyokong 10-bit Enjin Warna Laluan Penuh iaitu 64 kali ganda lebih jelas berbanding paparan 8 bit biasa.

Kualitinya memang terbaik, dengan ketepatan warna 0.4 JNCD dan pengiktirafan A+ DisplayMate.

Malah, ia menyokong HDR10+ untuk keseronokan anda menonton video berkualiti.

Paling mengagumkan, ia turut mampu berfungsi dengan kadar penyegaran dinamik 120Hz.

Tak kisah lah bermain game, media sosial, membaca e-book. Semuanya buttery smooth!

#3 Kamera Bak Profesional


Peranti ini hadir dengan 3MP Microlens, 50MP Ultra-Wide-Angle Camera, 13MP Telephoto Camera, 50MP Wide-Angle Camera.

Jangan tak percaya lensa lebar dan ultra lebar Find X3 Pro mempunyai sensor IMX766 50MP yang dibangunkan dengan kerjasama Sony.

Kedua-dua kamera Lebar dan Ultra-lebar pada Find X3 Pro ini didatangkan dengan sensor IMX766 50MP, hasil kerjasama rekaan Sony.

Kedua-duanya merakam video dan gambar yang kaya dengan Bilion Warna.

Menggabungkan resolusi tinggi dan autofokus pintar serta jarak focus macro 4cm.

Tidak kira apa jua subjek anda, pada waktu malam atau siang, Find X3 Pro mampu merakam setiap perincian.

Menerusi lensa ini, anda boleh mengambi gambar ultra lebar yang lebih fleksibel dan pada masa sama tiada masalah ‘distortion’ dan warnanya amat benar dan ‘accurate’.

#4 Mikroskop dalam Telefon Pintar?

Antara ciri yang amat unik telefon pintar ini juga adalah kamera microlens yang mampu mengambil gambar dengan jelas secara mikroskopik dengan 60x zoom.

Dengan kebolehan 60x pembesaran dengan menggunakan Lensa Mikro, Find X3 Pro juga turut boleh menyerlahkan keindahan mikroskopik, dan memberikan perincian yang cantik.

Ditambah pula dengan kualiti rakaman video Bilion Warna 4K 10-bit, para pembikin filem atau pengguna media sosial point-and-shoot boleh menikmati rakaman yang stabil, kaya dengan warna dan jelas.

Anda boleh lihat bagaimana kamera ini mengambil gambar di bawah dengan begitu dekat dan jelas. Outstanding!

#5 AI Highlight Video- Rakam Malam dan Pagi Tanpa Bebanan

Bagi yang gemar mengambil video, ia mampu merakam video 4K 10-bit dalam berbilion warna.

Untuk keupayaan zum pula, lensa 13MP mampu menawarkan 5x Zum Hibrid dan 20x Zum Digital.

Ditambah dengan kecerdasan buatan (AI), gambar anda akan lebih cantik dan sempurna, sangat sesuai buat anda yang minat dalam bidang mobilegrafi.

Anda boleh lihat perbezaan menggunakan AI di bawah.

Begitu juga video! Siri FindX3 turut dilengkapi AI Highlight Video untuk penggambaran video yang berupaya menukar mode Ultra-Night Video dan Live HDR.

Sangat sesuai untuk penggambaran indoor yang kurang cahaya. Tidaklah anda terlepas momen indah seperti parti hari jadi atau karaoke.

#6 Prestasi Paling Hebat & Tercanggih

Jangan tak tahu, peranti ini dilengkapi cip premprosesan tercanggih ketika ini iaitu Snapdragon 888.

Gaming? Tiada masalah untuk FindX3 Pro!

Selain itu, peranti ini turut dilengkapi 0.35mm vapour bagi memastikan ia kurang panas ketika menjalankan beberapa tugas serentak.

Malah, disebabkan Snapdragon 888 ini, FindX3 Pro turut menyokong rangkaian 5G!

Oleh itu, internet anda pasti lebih laju berganda-ganda! Gamers pasti tak kecewa!

#7 Pengecasan Kilat & Dolby Atmos!

Bagi memastikan anda dapat melakukan tugas seharian, Find X3 Pro mempunyai bateri 4,500 mAh.

Dilengkapi dengan keupayaan pengecasan kilat tanpa wayar AirVOOC 30W. Find X3 Pro turut disertakan dengan 65W pengecasan kilat SuperVOOC 2.0. Yup 65W guys!

Anda juga boleh berkongsi kuasa anda dengan pengecasan tanpa wayar terbalik 10W.

Tiada lagi masalah kehabisan bateri seperti mana peranti flagship yang lain.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pembesar suara Dolby Atmos yang bakal jadikan peranti anda bagaikan pawagam bergerak!

Dua speaker ini menghasilkan bunyi yang seimbang dan realistik.

#8 Tahan Lasak!

Peranti ini dilengkapi pensijilan IP68 iaitu ketahanan terhadap air dan debu, malah ia rating tertinggi setakat ini.

Jadi, jangan bimbang jika buat panggilan ketika mandi. Anda juga tidak perlu bimbang jika mengambil gambar di dalam air!

Find X3 Pro juga dilengkapi dengan lapisan anti-silau matte yang dipasang pada tahap kelegapan 85 peratus. Lengkap perlindungan luar dalam!

#9 ColorOS 11.2

Antara muka OPPO ColorOS 11.2 digabungkan dengan sistem operasi Android 11 Google.

Gabungan ini memberikan pengalaman yang luar biasa dan ciri privasi terkemuka kelas.

Mudah dan sangat mesra pengguna, malah ia menawarkan akses penuh ke Google Play Store dan lebih dari 3 juta aplikasi.

ColorOS 11.2, disesuaikan untuk penggunanya, dirancang untuk memberi anda pilihan mod terang dan terang atau mod gelap eksklusif.

Terdapat juga fungsi OPPO Relax 2.0, yang membolehkan pengguna menggabungkan bunyi milik sendiri dengan set suara preloaded.

Dari segi keselamatan, Color OS11.2 menyokong ciri System Cloner, yang pada dasarnya membahagiakan telefon menjadi dua profil terpisah.

Setiap profil memerlukan kata laluan yang berbeza, memastikan privasi data maksimum.

Paling menarik, OPPO telah bekerjasama dengan pakar kesan bunyi-Hans Zimmer untuk membuat nada dering, notifikasi dan jam penggera. Love!

Jom pra tempah FindX3 Pro 5G! Banyak ganjaran menanti!

Model OPPO FindX3 Pro dijual pada harga RM 4,299 dan pra-tempah akan berlangsung sehingga 8 April ini.

Semua pra-tempah untuk FindX3 Pro akan menerima hadiah percuma, bernilai keseluruhan RM1,935.

Hadiah percuma ini termasuklah satu unit OPPO Enco X, pengecas tanpa wayar, casing telefon Kevlar tambahan, satu tahun jaminan lanjutan & perlindungan kerosakan skrin, dan terakhir perkhidmatan cloud HeyTap satu tahun dengan ruang penyimpanan 1TB percuma.

Pra-pesanan OPPO FindX3 Pro 5G hanya tersedia di 15 kedai jenama OPPO Space & OPPO MY terpilih, OPPO Official Online Store, rakan E-comm dan rakan-rakan Telco.

Jualan pertama FindX3 Pro akan bermula pada 9 April 2021.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati:

Website: https://www.oppo.com.my/products/Find-X3-Pro/256

Shopee: https://shopee.com.my/product/12017474/9617602729/

Lazada: https://pdp.lazada.com.my/products/i1998208817.html