,
Laman Utama

“Pencarian Kini Diperluas”- Kes Kanak-Kanak Hilang Di Kuching Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh?

Hanafis Haris
13/03/2022
16:44 MYT

Polis Kuching mengklasifikasikan kehilangan kanak-kanak berusia 4 tahun dikenali sebagai Eric Chang Wei Jiw sejak minggu lalu sebagai kes bunuh.

Ia susulan perkembangan terbaru kes tersebut yang membawa kepada pencarian mayat kanak-kanak berusia empat tahun itu di kawasan Sungai Muara Tebas dan sekitarnya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah dalam kenyataannya berkata usaha pencarian kini diperluas dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Berdasarkan siasatan terkini, polis mengklasifikasikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada 7 Mac lalu, Eric dilaporkan hilang pada jam 9:00 pagi di di Jalan Daya, Bintawa dekat sini yang kali terakhir menggunakan kemeja-T berwarna biru gelap dan berseluar pendek berwarna hitam.

Susulan laporan tersebut, polis menahan empat suspek termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan pasangan penjaga bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini kata Ahsmon, pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berhubung orang hilang dan kecuaian dan pengabaian penjagaan kanak-kanak.

Dalam pada itu, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.