Keluang Man bakal diangkat ke layar perak guys! Exited nya min! Tak sabar nak tengok filem animasi yang pernah menjadi Favourite min waktu kecik-kecik dulu!

Filem Keluang Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri Projek High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim.

Dengan itu, khas buat korang di luar sana, yang rasa korang boleh sahut cabaran untuk menjadi sebahagian daripada filem Keluang Man, inilah peluang korang! Jom sertai sesi uji bakat fasa pertama sekarang yang akan dibuka bermula 28 Julai sehingga 13 Ogos depan.

Sebelum tu, pastikan korang baca apa syarat-syarat untuk nak join ujibakat ni ok? Korang boleh rujuk di bawah:


Haa! Macam mana dengan syarat-syarat min? Senang je kan? So tunggu apa lagi? Jom hantarkan penyertaan korang! Nak tahu macam mana? Meh min share kan!

Korang boleh hantarkan penyertaan korang dengan tekan link di bawah dan terus dekat min. Pastikan video korang tu di hantar dalam format mp4 bawah 300MB tau!

Google FormTekan Di Sini

Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor.

10 bakat yang terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man. So details yang korang bagi pastikan aktif dan boleh dihubungi ok?

Rujuk Terma Dan Syarat, Privasi Notis dan Terma Penggunaan di sini.

Selamat berjaya semua!