Hiburan

Pencipta Dragon Ball & Dr. Slump, Akira Toriyama Meninggal Dunia

gempak
Izwan Isa
08/03/2024
04:26 MYT
Sponsor Banner
Pencipta Dragon Ball & Dr. Slump, Akira Toriyama Meninggal Dunia
Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama telah meninggal dunia pada 1 Mac lalu. Kenyataan mengenai kematian mendiang telah dikongsi di laman web Rasmi Dragon Ball.
"Kami amat sedih untuk memaklumkan kepada anda bahawa pencipta manga Akira Toriyama meninggal dunia pada 1 Mac akibat hematoma subdural akut. Mendiang berusia 68 tahun.
"Kami amat kesal kerana dia masih mempunyai beberapa karya yang sedang disiapkan selain banyak hal yang dia ingin gapai. Namun, dia telah meninggalkan banyak judul manga dan karya seni kepada dunia ini.
“Terima kasih atas sokongan peminat dari seluruh dunia. Disebabkan itu, dia telah dapat meneruskan aktiviti kreatifnya selama lebih 45 tahun. Kami berharap dunia ciptaan Akira Toriyama yang unik terus disayangi oleh semua orang untuk masa yang lama akan dating,” kata kenyataan itu. Difahamkan, majlis pengebumian dijalankan secara tertutup, hanya melibatkan kaum keluarga terdekat.
“Berikutan hasrat beliau, kami dengan hormatnya memaklumkan kepada anda bahawa kami tidak akan menerima bunga, hadiah takziah, ziarah, persembahan dan lain-lain. Selain itu, kami memohon anda untuk tidak melakukan wawancara dengan keluarganya.
“Rancangan masa depan untuk perhimpunan peringatan tidak diputuskan, kami akan kongsi kepada semua apabila ia disahkan. Kami amat berterima kasih atas pemahaman dan sokongan anda," akhiri kenyataan itu.
Akira dilahirkan di Nagoya, Jepun pada 5 April 1955. Selain Dragon Ball, Akira turut terkenal dengan karya lainnya termasuklah Dr. Slump.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live