Gaya Hidup
Pendapatan Cecah RM94.43 Juta, Supermodel Ini Dinobatkan Sebagai Model Terkaya 2019
Supermodel popular Kendal Jenner memecah rekod tersendiri apabila dinobatkan sebagai model terkaya tahun ini.
Gelaran itu diberi berdasarkan kejayaan Kendal meraih pelbagai kontrak daripada jenama mega seperti Stuart Weitzman, Calvin Klein, Adidas, Longchamp dan Estee Lauder
Menerusi laporan Astro Awani, tahun ini saja pendapat Kendal mencecah AS$22.5 juta (RM94.43 juta).
Mengikuti rapat di belakang Jenner ialah Karlie Kloss dengan bayaran tahun sebanyak AS$13 juta (RM54.56 juta) dan Chrissy Teigen, AS$11.5 juta (RM48.27 juta).
Kedudukan keempat dan kelima pula masing-masing milik Rosie Huntington Whitely AS$11.5 juta (RM48.27 juta) dan Cara Delevingne AS$10.5 juta (RM44.07 juta).
Satu-satunya model senior, Gisele Bundchen juga masih kekal dengan bayaran tertinggi iaitu AS$10.5 juta (RM44.07 juta).
Sejak tahun 2004 sehingga hari ini, model kelahiran Brazil itu kekal dalam carta barisan model dunia yang menerima bayaran tertinggi.
Tambahan pula, sekitar tahun 2007, Bundchen yang juga pelakon merupakan wanita ke-16 terkaya dunia hasil pencapaian hebat beliau dalam industri hiburan.
Sumber : Astro Awani
Must-Watch Video