Sejak beberapa minggu lalu, kecoh di laman sosial berkenaan beberapa isu yang dihadapi oleh pengguna yang menghadapi masalah penundaan penerbangan.
Ada yang disidai di ruang menunggu lapangan terbang dan ada juga yang terpaksa berpanas dan berpeluh dalam perut pesawat akibat penundaan jadual penerbangaan kerana pesawat rosak.
Hal tersebut bukan sahaja menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna, malah memberikan nama yang kurang baik kepada syarikat penerbangan tersebut yang didakwa tidak mempedulikan penumpang yang tersadai.
Justeru, baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerbitkan satu infografik berkenaan dengan perkara yang boleh pengguna tuntut jika berada dalam situasi yang serupa.
PENERBANGAN DITUNDA/ DIBATALKAN? ANDA BERHAK TUNTUT PAMPASAN#KPDNHEP pic.twitter.com/qREHJU3RhI