Berita
Pengakuan Diri Kanibal & Fantasi Seks Tersebar, Armie Hammer Undur Diri Dari Filem Bersama JLo
Nama aktor kelahiran Amerika Syarikat, Armie Hammer menjadi tular sejak awal minggu ini gara gara satu kiriman peribadi di Instagram yang dihantar kepada seorang wanita 'terbocor' di media sosial.
Hantaran atau mesej peribadi itu mengandungi fantasi seks sehingga Hammer mengaku dirinya 100 peratus kanibal.
Pengakuan aktor berusia 34 tahun ini mengejutkan banyak pihak, memandangkan selama ini dia dikenali dengan imej bersih.
Hammer saat ini malah sepatutnya terbabit dalam penggambaran filem komedi berjudul Shotgun Wedding bersama Jennifer Lopez.
Namun selepas tersebarnya mesej peribadi yang cukup kontroversi tersebut, Hammer mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada terus terbabit dengan filem tersebut. Kini produksi sedang mencari wajah baharu bagi penggantikan Hammer.
Bersama penggundurannya, Hammer menegaskan, mesej peribadi yang tersebar itu sebagai satu serangan daring dan tak masuk akal terhadap dirinya.
"Saya tidak akan melayan kepada fitnah, tuduhan daring yang tak masuk akal di media sosial ini.
"Saya juga tidak boleh meninggalkan anak selama empat bulan untuk menjalani penggambaran di Republik Dominican," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan BBC.com, hari ini.
Terdahulu, kontroversi bermula dengan tersebarnya hantaran mesej peribadi Hammer yang menggoda seorang wanita.
Dalam kiriman tersebut, dia membayangkan fantasi seks liar selain memberitahu dirinya seorang kanibal.
Hammer dikatakan telah menulis "100 persen seorang kanibal" dan ingin "meminum darahmu."
Skandal yang terjadi ini disebut akan merosak reputasi Hammer yang semakin mendapat perhatian selepas membintangi filem Netflix bertajuk Rebecca.
Kredit Foto: Independent.uk
Must-Watch Video